Friday, June 3, 2011

akhir zaman~

maybe entri kali nih mmg aq nk hambur abis-abisan..baru haritu aq komen satu blog nih..blog serius best tapi kalo korg sebagai seorg muslim xtergamak korg nk berkata sedemikian rupa..blog nih xder salah apa..yg aq xsuka statement terakhir dia tuh jer...aq xtaw kenapa blogger nih tergamak mengeluarkan "STATEMENT" sedemikian rupa [aq pon xsanggup nk letak statement dia kat dalam blog aq nih..nk taw klik sendiri]..yang menggegarkan jantung aq sampai aq menggigil menaip, bila tgk kat ruangan komen dia..
adesss~~amat memalukan..sampai ada non-muslim masuk campur seolah2 seronok melihat kte2 yg sedang berdebat berkenaan hal agama dan akidah..what a shame..
bila aq renung balik satu jer aq tgk..dorg xder fakta..boleh dikatakan perdebatan antara pihak A [tukang komen yg marah/xsuka "STATEMENT" blogger tu] dan pihak B [tukang komen yg menyokong statement blogger]...

maka dapat aq lihat disini 

isu asal : seorg blogger/twitter mengeluarkan statement "pakai cap melemahkan iman" tanpa ada nas atau dalil atau klausa sokongan sebelum/selepas kenyataan sedemikian..kenyataan yg dikeluarkan mungkin dikategori sebagai mutiara kata atau pesanan yg disampaikan oleh ustaz2 kalo kita mendengar ceramah, dimana kta sbg org biasa mungkin tidak lah hafal sepenuhnya sekiranya terdapat dalil yg mengiringi statement tersebut..

si blogger : mungkin tidak memahami bahawa kenyataan tersebut seperlunya mempunyai ayat/klausa sokongan selepas atau sebelum ayat tersebut..dan si blogger jump into conclusion, maka terkeluarlah "STATEMENT"..

pihak A : merasakan si blogger tidak wajar mengeluarkan statement sedemikian dan rata2 meminta beliau menarik balik kenyataan beliau..pihak A cuba saling membantu dalam menambah fakta2 yg dirasakan perlu walaubagaimanapun seperti tidak dapat memuaskan hati pihak B dan ada dikatakan tak valid just because drpd ulama indonesia..

pihak B : meminta pihak A memberikan nas atau dalil yg menyokong hujah2 pihak A serta isu asal..tapi satu aq tgk..satu isu dah dpt fakta, dia akan keluarkan isu lain yg menunjukkan "STATEMENT" si blogger itu benar..isu asal pasal cap[pihak A telah pon memberikan klausa sokongan] tp pihak B nih keluar pulak isu nape pegang kucing boleh tp anjing susah nk basuh sedangkan anjing adalah haiwan yg lebih mendengar kata..ASTAGHFIRULLAH..bukan kah dah terang didalam Al-Quran sendiri memberikan cara untuk menyamak..pasti ada sebabnya ALLAH turunkan sesetengah larangan!!!dia seperti tidak percaya..bahkan ada yang mengatakan "nasib baik xkuat agama,kalo x..bla bla"..boleh dia bangga dia x kuat agama..

selamah-lemah aq xsanggup rasanya utk aq mengluarkan statement sedemikian rupa..aq masih ingat pada hukum ALLAH..bergegar jantung, menggigil tangan, menitik airmata aq melihat ketidaksatuan ummah seperti ini..[kalau anda baca cara mereka bukan seperti usrah atau ruangan utk membetulkan mana yg salah..ada yg mengikut logik akal dan emosi]
kepada kawan2 yg lebih arif diharap dapat membantu dalam memberikan apa2 fakta dan diharapkan mereka sedar dan lebih berhati2 atas setiap "STATEMENT" mereka..
ISLAM ITU MUDAH,ISLAM ITU INDAH

dan terbaru yg sedang diwar-warkan berkenaan 14y/o girl mendedahkan ketidakpentingan virgin..agaaaiiiinnn..what a shame of our youngsters..aq xtaw nk komen kt page dia cam ner [aq xjumpa button utk komen, pening tgk gmbr dia yg penuh] btw dlm entry terbaru dia kata “AKU ADA SUSAHKAN MAK BAPAK KORANG KE DOHH”..kalo aq leh komen mmg nk ckp kat dia, mmg dia da nyusahkan saudara se-Islam dia..dia nk marah org komen dan tegur..kita dah taw keburukan tu kter kene tegur..selemah2 iman seseorg itu menegur/membenci di dalam hati..kalo nk dibuat survey tu lain la citer..tapi yg org marah/xsuka, adakah itu satu keperluan untuk mendedahkan/membangga diri bahawa dia sudah tiada dara??!org mungkin xambil port pon dia ada dara ke tidak tapi xperlu la sampai buat satu entri..
14y/o girl, MALAY, ISLAM [pandai lak dalam entri terbaru yg dia marah n statement dia "aku bukan hanya ISLAM dlm IC . so korng jgn nak memandai JUDGE aku smpai nak heboh-2 pasal aku"]..org x heboh kalo dia sendiri x buka pekung didada..dia da nyusahkan org lain sebab dia da memalukan agama dan bangsa dia..itu yg org marah..dia membuatkan org lain memandang rendah kepada remaja MELAYU [didalam perlembagaan Malaysia termaktub melayu itu Islam]..


1 comment:

IFA Athirah said...

ak sokong gak part prenggan yg last tu.dah memalukn agma dan bngsa dan rndah diri.