Showing posts with label reMinder. Show all posts
Showing posts with label reMinder. Show all posts

Friday, June 3, 2011

akhir zaman~

maybe entri kali nih mmg aq nk hambur abis-abisan..baru haritu aq komen satu blog nih..blog serius best tapi kalo korg sebagai seorg muslim xtergamak korg nk berkata sedemikian rupa..blog nih xder salah apa..yg aq xsuka statement terakhir dia tuh jer...aq xtaw kenapa blogger nih tergamak mengeluarkan "STATEMENT" sedemikian rupa [aq pon xsanggup nk letak statement dia kat dalam blog aq nih..nk taw klik sendiri]..yang menggegarkan jantung aq sampai aq menggigil menaip, bila tgk kat ruangan komen dia..
adesss~~amat memalukan..sampai ada non-muslim masuk campur seolah2 seronok melihat kte2 yg sedang berdebat berkenaan hal agama dan akidah..what a shame..
bila aq renung balik satu jer aq tgk..dorg xder fakta..boleh dikatakan perdebatan antara pihak A [tukang komen yg marah/xsuka "STATEMENT" blogger tu] dan pihak B [tukang komen yg menyokong statement blogger]...

maka dapat aq lihat disini 

isu asal : seorg blogger/twitter mengeluarkan statement "pakai cap melemahkan iman" tanpa ada nas atau dalil atau klausa sokongan sebelum/selepas kenyataan sedemikian..kenyataan yg dikeluarkan mungkin dikategori sebagai mutiara kata atau pesanan yg disampaikan oleh ustaz2 kalo kita mendengar ceramah, dimana kta sbg org biasa mungkin tidak lah hafal sepenuhnya sekiranya terdapat dalil yg mengiringi statement tersebut..

si blogger : mungkin tidak memahami bahawa kenyataan tersebut seperlunya mempunyai ayat/klausa sokongan selepas atau sebelum ayat tersebut..dan si blogger jump into conclusion, maka terkeluarlah "STATEMENT"..

pihak A : merasakan si blogger tidak wajar mengeluarkan statement sedemikian dan rata2 meminta beliau menarik balik kenyataan beliau..pihak A cuba saling membantu dalam menambah fakta2 yg dirasakan perlu walaubagaimanapun seperti tidak dapat memuaskan hati pihak B dan ada dikatakan tak valid just because drpd ulama indonesia..

pihak B : meminta pihak A memberikan nas atau dalil yg menyokong hujah2 pihak A serta isu asal..tapi satu aq tgk..satu isu dah dpt fakta, dia akan keluarkan isu lain yg menunjukkan "STATEMENT" si blogger itu benar..isu asal pasal cap[pihak A telah pon memberikan klausa sokongan] tp pihak B nih keluar pulak isu nape pegang kucing boleh tp anjing susah nk basuh sedangkan anjing adalah haiwan yg lebih mendengar kata..ASTAGHFIRULLAH..bukan kah dah terang didalam Al-Quran sendiri memberikan cara untuk menyamak..pasti ada sebabnya ALLAH turunkan sesetengah larangan!!!dia seperti tidak percaya..bahkan ada yang mengatakan "nasib baik xkuat agama,kalo x..bla bla"..boleh dia bangga dia x kuat agama..

selamah-lemah aq xsanggup rasanya utk aq mengluarkan statement sedemikian rupa..aq masih ingat pada hukum ALLAH..bergegar jantung, menggigil tangan, menitik airmata aq melihat ketidaksatuan ummah seperti ini..[kalau anda baca cara mereka bukan seperti usrah atau ruangan utk membetulkan mana yg salah..ada yg mengikut logik akal dan emosi]
kepada kawan2 yg lebih arif diharap dapat membantu dalam memberikan apa2 fakta dan diharapkan mereka sedar dan lebih berhati2 atas setiap "STATEMENT" mereka..
ISLAM ITU MUDAH,ISLAM ITU INDAH

dan terbaru yg sedang diwar-warkan berkenaan 14y/o girl mendedahkan ketidakpentingan virgin..agaaaiiiinnn..what a shame of our youngsters..aq xtaw nk komen kt page dia cam ner [aq xjumpa button utk komen, pening tgk gmbr dia yg penuh] btw dlm entry terbaru dia kata “AKU ADA SUSAHKAN MAK BAPAK KORANG KE DOHH”..kalo aq leh komen mmg nk ckp kat dia, mmg dia da nyusahkan saudara se-Islam dia..dia nk marah org komen dan tegur..kita dah taw keburukan tu kter kene tegur..selemah2 iman seseorg itu menegur/membenci di dalam hati..kalo nk dibuat survey tu lain la citer..tapi yg org marah/xsuka, adakah itu satu keperluan untuk mendedahkan/membangga diri bahawa dia sudah tiada dara??!org mungkin xambil port pon dia ada dara ke tidak tapi xperlu la sampai buat satu entri..
14y/o girl, MALAY, ISLAM [pandai lak dalam entri terbaru yg dia marah n statement dia "aku bukan hanya ISLAM dlm IC . so korng jgn nak memandai JUDGE aku smpai nak heboh-2 pasal aku"]..org x heboh kalo dia sendiri x buka pekung didada..dia da nyusahkan org lain sebab dia da memalukan agama dan bangsa dia..itu yg org marah..dia membuatkan org lain memandang rendah kepada remaja MELAYU [didalam perlembagaan Malaysia termaktub melayu itu Islam]..


Saturday, May 28, 2011

say NO to rempit..

Sekitar 6000 remaja mati setiap tahun akibat kemalangan jalanraya..

Remaja rempit kerugian besar kepada negara..

Menunjukkan ketidakpandaian dalam pengurusan masa..

Boleh dikategori dalam bunuh diri..

-Al-Kuliyah

say NO to rempit..

Saturday, May 21, 2011

renung-renungkanlah~

"Orang yang bodoh itu ialah orang yang menjawab sebelum mendengar, berdebat sebelum memahami permasalahan, dan menghukumi sesuatu yang tidak diketahuinya."

Imam Jaafar Sadiq

Thursday, May 19, 2011

kasih sayang~

*credit to pixelery.com

tidak ada ibu bapa yang tidak menyayangi anak-anak mereka..

tetapi kadang-kala cara mereka memberi, menyampai, menunjukkan kasih sayang terhadap kita adalah berbeza-beza..

seperti udara, kita tidak dapat melihat kasih sayang ibubapa itu tapi kita dapat merasai kehangatan kasih sayang mereka..

**********

cintailah pasangan anda kerana Tuhan..bukan kerana nafsu dan duniawi semata..

terimalah keadaan seadanya dan redha akan segala qada' dan qadar Tuhan..

nescaya kita akan lebih tabah menghadapi sebarang cabaran dan dugaan..

percayalah, setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..

*credit to wallcoo.net



p/s: terharu dan sedey tgk citer "DI HUJUNG MIHRAB" di TV9..*sob sob~

Saturday, May 14, 2011

TOLONG LAA!!! aq nk aman jer...

ok..patutnyer entri nih aq wat semalam..berdasarkan tragedi 13mei1969 [waaa..da 42thn da]..tapi blog weng sket semalam so aq tunda ke hari ini..just to share my opinion and i'm not in favor of any party..tqvm..


berdasarkan video diatas..menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah mencuba sedaya upaya utk ketenteraman dan kesejahteraan rakyat..walaubagaimana pun dengan isu terkini yang telah digembar-gemburkan serta ditambah "bahan perisa" sesedap rasa menyebabkan pertistiwa 13 Mei seolah-olah mungkin atau bakal berlaku..

dimana rasionalnya masyarakat kita pada masa kini??!! kalau nk dikatakan xtahu perlembagaan, 5tahun belajar sejarah semasa di sekolah menengah..kita belajar macam mana dari mula tanah melayu sehingga menjadi MALAYSIA..pun tak reti-reti nk mengambil ikhtibar? seperti dalam artikel ini

''Peristiwa hitam 13 Mei 1969 bukan sesuatu yang baik untuk negara kita dan ia mestilah dilupakan,"


kalau dilupakan, macam mana ikhtibar nak di ambil..sejarah itu satu pengajaran dan rujukan.. akhir-akhir ini perlembagaan seolah-olah dicabar kedaulatannya..


saya amat terkejut semasa terbaca berita ini..kenapa perlu ada isu terhadap perkara yang dah sedia termaktub didalam perlembagaan sejak kita nak merdeka dahulu? kenapa tidak di timbulkan semasa perlembagaan persekutuan nk ditubuhkan??

SEBAB..kalau masa tuh masih kacau bilau, xrasa sekarang nih kita boleh berblogging atau anda membaca blog dengan selesa..pasti tanah melayu masih belum bertukar kpd MALAYSIA..xdapat nyer kita merdeka seperti hari ini..

tapi selepas seminggu, syukur apabila semua telah diperjelaskan seperti dalam artikel ini, http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

dan ini maklum balas dari pihak bertentangan
[anda sebagai seorang dewasa perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak before jump into the conclusion..]

seperti artikel ini
kadangkala, 'bahan perisa' yang ditambah..seolah-olah sebelah pihak yang bersalah..kita sebagai rakyat MALAYSIA yang bertamadun ini tolong la..BE RASIONAL!!!

disini saya ingin sampaikan pesan, xkira anda bangsa apa, parti apa, selagi anda adalah rakyat MALAYSIA, kita hendaklah saling bekerjasama untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara kita nih..negara kita ni bukan besar mana pun..sekali kena attack, utara sampai selatan, timur ke barat boleh hancur seperti mana sejarah MALAYSIA dijajah oleh JEPUN..korang nk macam tu jadi balik??

TOLONG LA!!

TOLONG LA!!

TOLONG LA!!

Thursday, May 12, 2011

dieksploitasi atau mengeksploitasi diri sendiri..

http://cursingmalay.blogspot.com/2010/08/menentang-kapitalisme-adakah-anda-ada.html

aku terbaca artikel ini..walaupun telah lama di 'publish' kan tapi aku baru terklik hari nih..dan kebetulan juga semasa aku membaca artikel ini di televisyen sedang menyiarkan tentang isu wanita2 yang disimbah asid yg agak berleluasa di sekitar ibu negara [21 mangsa stakat yg aku tahu -> ramai tuuhhh]..ok!! xla berkaitan pun antara 2-2 isu..tapi di sebab kan masa aq tengok berita tu seorg menteri beriya-iya mengatakan mangsa akan dibela dan pemangsa diluar sana diberi amaran keras dan peringatan, jangan fikir isu-isu sebegini tiada pembelaan dari pihak tertentu..


"Banyak betul NGO yang wujud untuk mempertahankan hak wanita daripada dieksploitasi.Girl power!Woman's right!Hak wanita untuk sama rata dengan lelaki!Jangan jadikan wanita habuan halwa mata lelaki!Tapi macam mana nak sekat mata lelaki yang memandang kalau fesyen baju nampak pusat dah berlambak2 jual merata-rata?" --CursingMalay


ada jugak benarnya [xbermakna aku sokong 100%, 90% jer n_n"] aku teringat ada satu hari tuh aq berjalan2 kat shopping complex(ok da x formal bahasa aq) ttba depan aq nih ada sorg minah..haish~ dalam aq belek2 x sempat nk tegur dia..nk kata salah molek pakai tudung..tutup serba-serbi(ok aq x ingat dia pakai short sleeve atau long sleeve) tapi yang slek nyer..dia pakai short pants..mcm hot pants yang ramai pakai sekarang nih..tp konon nyer nk padan ng dia pakai tudung dia pakai legging/tights..aiyoyoyo~ apa punya ini kanak2 ribena..kalo dia pakai skinny jeans ok la..nih betul2 legging/tight yg serupa ko xyah pakai..apa beza ko pakai tights ng ko x pakai..beza nyer kalo ko pakai kaki ko warna hitam..kalo x pakai kaki ko warna kaki ko la kan..adesss...apa punya adik nih la adekkkk...sedey..xsempat nk tegur [mcm berani jer nk tegur]

aq jadi concern menda2 ca nih sbb teringat kt kwn aq dulu pernah ckp..kalo nk terbukak, biar terbukak semua..kalo nk tutup biar tertutup dengan elok..jgn malukan agama..ko nk malu diri ko sendri xper la..tapi jgn babitkan nama mak bapak ko skali..keturunan ko skali..nasib baik aq mix chinese..bukan pure melayu..boleh la aq kata aq chinese [anyway jgn salah faham - chinese merujuk pada bangsa bukan agama]..

Thursday, April 14, 2011

remind each other..

i don't know what to say..
just pray, before prayers are said for you..